Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 12 September 2017

Kantoi Rakam Video Di Tandas Awam

  fezlan        Selasa, 12 September 2017   

 
Kantoi Rakam Video Di Tandas Awam

KAJANG – Akibat terlampau obses dengan kaum sejenis, seorang penganggur telah ditahan ketika sedang asyik mengintai seorang pengunjung menunaikan ‘hajat’ di tandas lelaki.

Menurut media tempatan, kejadian pelik itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu di sebuah tandas awam Terminal Hentian Bas Kajang di sini.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu telah menyedari bahawa dia telah dirakam setelah ternampak telefon bimbit jenama Lenovo yang sedang dipegang oleh seorang lelaki yang hanya kelihatan kepalanya sahaja.
Kerana panik dan terkejut, mangsa terus mengenakan pakaian dan bergegas keluar dari tandas tersebut dan mencari suspek di kawasan itu.


Namun, suspek yang berusia 30 tahun itu hanya berjaya ditahan ketika dia sedang berada di hadapan tandas yang sama setelah beberapa ketika.

Berang dengan tindakan suspek kerana merakam dirinya yang sedang mandi, mangsa telah meminta telefon bimbit tersebut dan mendapati terdapat banyak lagi koleksi video lelaki lain yang sedang mandi.

Ternyata bukan dia sahaja menjadi mangsa songsang lelaki tersebut, bahkan ramai lagi lelaki lain telah menjadi ‘penjamu matanya’ sebelum ini.

Dengan bantuan pengawal di hentian bas awam tersebut, suspek telah dibawa ke Balai Polis Sungai Tangkas untuk siasatan lanjut.

https://fezlan.blogspot.com/2017/09/kantoi-rakam-video-di-tandas-awam.html

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mengaku bahawa dia menyukai sesama jantina sejak dia berusia 20 tahun lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan tentang perkara tersebut.

“Suspek direman selama empat hari sehingga sehingga hari ini, namun tempoh itu disambung sehari lagi bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kantoi Rakam Video Di Tandas Awam

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: