Assalamualaikum semua..Hari ni nak share dengan awak semua sedikit Tips untuk Mudah Hamil Cara Islam. InsyaAllah semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang sudah lama berusaha untuk hamil tetapi masih tidak berjaya. Saya cukup memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil walau pun sudah lama berkahwin. Kadang-kadang bila period baru delay 2-3 hari jer sibuk dah nak buat pregnancy test, lepas tuh rasa down bila result menunjukkan NEGATIVE. Kemudian akan timbul rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak, ditambah dengan rasa frust bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak. Berhenti rasa runsing dan Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden dan tradisional. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Furmon & IE yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:
1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan. Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. .
2. Berpuasa sunat Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. . Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.
3. Jaga kelakuan dan tutur kata Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan. .
4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran . Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al- Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian . Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut, .
* Surah al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
* Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
* Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
* Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
* Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
* Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
* Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
* Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin .
5. Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung, . Adalah penting juga untuk kita mengetahui masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya. .
6. Amalkan tips kesuburan Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan