my family

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral,Himpunan Doa dan banyak lagi.Terima Kasih Anda

Back to Top

Translate

Rabu, 6 Ogos 2008

Penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (Kelab MKAKK)

  fezlan anipah       Rabu, 6 Ogos 2008   

Pengenalan

     Kelab Sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (Kelab MKAKK) ditubuhkan pada 6 Ogos 2008. Objektif penubuhan kelab ini ialah untuk menggalakkan aktiviti sosial, sukan, rekreasi dan kecerdasan di kalangan anggota makmal, memupuk hubungan mesra, muhibbah dan kekeluargaan di antara ahli dan mewujudkan anggota yang sihat, cergas, bersepadu, berdisplin serta produktif.
     Jawatankuasa Kelab MKAKK terdiri dari Penasihat, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan  7 orang Ahli Jawatankuasa (Unit Dana, Unit Promosi, Unit Sukan, Unit Kebajikan, Unit Keselamatan dan Unit Tugas-tugas Khas).
    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab MKAKK adalah berpandukan kepada cadangan, keperluan dan permintaan para ahli. Bersesuaian dengan namanya, Kelab MKAKK juga banyak mengendalikan aktiviti sukan dan rekreasi bagi untuk ahli kelab. Selain itu, Kelab MKAKK turut menganjurkan aktiviti sosial dan kebajikan baik kepada ahli kelab, kaum keluarga dan juga kepada masyarakat.


                       
LOGO KELAB SUKAN DAN REKREASI MKAKK



Warna biru dan bentuk bulat logo melambangkan perpaduan dalam satu koloni.
Warna merah melambangkan gigih, berani dan keteguhan dalam satu pasukan.
Warna kuning melambangkan penawaran perkhidmatan yang berkualiti.
3 orang melambangkan semangat bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara.

 
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (Kelab MKAKK)

Previous
« Prev Post
Oldest
You are reading the latest post

Tiada ulasan:

Info Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mendapatkan info Secara Percuma

Hanya perlu Masukan Email anda (PERCUMA)

Delivered by FeedBurner

Terima Kasih diatas Sokongan Anda | fezlan

Artikel Luar Negara

Lazada

ZALORA